Destinasi Haji & Umrah

CODE: HJ1212-01
NAME: DESTINASI HAJI & UMRAH
AUTHOR:  ABU HASSAN MORAD
PRICE: RM20.00 (S'MSIA) / RM23.00 (SABAH/SARAWAK)


Perjalanan Haji mungkin singkat namun maknanya cukup besar kepada perkembangan ummah. Ia adalah permulaan seperti percikan cinta Hawa dan Adam setelah terpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah. Bayangkan rindu yang terpendam begitu lama,rindu dalam keinsafan dan taubat yang meruntun segala kekuatan untuk dipertemukan di Arafah. Sinar Arafah bermula ketika mentari terik dan mula condong, ketika nafsu sudah ditundukkan dan bermula episod baru; kesedaran, wawasan, kemerdekaan dan pengetahuan. Inilah detik untuk bersendirian dengan Khaliq, bermunajat, menceritakan segala isi hati, kemahuan dan kehendak. Kemudian diikuti dengan janji-janji untuk berhijrah ke alam baru yang lebih mencabar. Arafah perjuangan hari ini untuk kesejahteraan masa depan.